NasionalNegeri

Air oh air: Gangguan bekalan sehingga esok petang

BEBERAPA kawasan di Selangor sejak semalam mula mengalami gangguan bekalan air ekoran kerja-kerja penyelenggaraan loji rawatannya.

Bagaimanapun, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sudahpun memaklumkan perkara ini lebih awal pada 6 Julai lalu.

Pihaknya dalam kenyataan memberitahu, pihaknya sedang melakukan kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal.

Justeru, 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air berjadual.

Gangguan tersebut bermula semalam hingga esok (17 Julai) pukul 5 petang.

BACA > Najib anggap Farhash Wafa kurang adab — Suara Merdeka

“Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) akan dihenti tugas sementara pada 14 Julai 2020, jam 9.00 pagi untuk kerja penambahbaikan dan penggantian aset kritikal.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan yang terjejas dan bergantung kepada lokasi premis pelanggan.

“Air Selangor menjangkakan bahawa LRA SSP3 akan beroperasi semula dan menyalurkan bekalan air kepada para pelanggan pada 15 Julai 2020, jam 9.00 pagi.

“Justeru itu, kami menjangkakan 48% daripada keseluruhan kawasan yang terlibat akan mula menerima bekalan air pada 16 Julai 2020, 9.00 pagi.

“Bekalan air akan pulih sepenuhnya di semua kawasan yang terlibat pada 17 Julai 2020, jam 5 petang.”

Demikian kenyataan Air Selangor yang memaklumkan gangguan bekalan air bagi membolehkan penambahbaikan bekalan pada masa hadapan.

Justeru, pihaknya turut memaklumkan akan menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki air di kawasan terjejas.

BACA > Perlis benarkan jemaah usia bawah 18 solat di masjid — Suara Merdeka

Menurutnya, keutamaan adalah diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

“Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 91 lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas.

“Bantuan bekalan air melalui lori tangki ke premis pelanggan atau kawasan perumahan hanya akan bermula pada 16 Julai 2020,” jelasnya.

Dalam pada itu, bagi memudahkan urusan pengguna, pihaknya turut membuka lapan Pusat Khidmat Setempat dengan menyediakan enam Pili Air Awam.

“Kawasan Pili Air Awam seperti di SS9A/15, Sungai Way, Jalan 51A/2277 berhampiran persimpangan Jalan 51A/227B.

“Jalan Indah 2/2, Taman Puchong Indah, Persiaran Wawasan, Taman Wawasan Puchong.

“Di wilayah Klang pula, lokasi Pili Air Awam di Persiaran Astana dan Persiaran Setia Murni.

“Pelanggan komersial boleh membuat pembayaran untuk pembelian air tersebut di semua sepuluh Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor.

“Pelaksanaan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap dan memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik.

BACA > Endemik gangguan seksual dalam institusi kehakiman — Suara Merdeka

“Pengguna boleh rujuk laman web Air Selangor atau aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple App Store,” katanya. – SM

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button