Nasional

Lagi individu ‘gelang pink’ ingkar arahan kuarantin

Mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab!

Itu yang dilakukan oleh seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun yang memakai ‘gelang pink’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berlegar-legar di kawasan komersial di Damansara Damai, semalam.

Tambah menggeramkan, lelaki itu juga sanggup menyorokkan ‘gelang pink’ yang dipakainya untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, lelaki yang juga ahli perniagaan itu berasal dari Sabah dan hadir ke sini untuk urusan perniagaan.

“Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 11.43 pagi selepas pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki dilihat memakai gelang pink.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki itu cuba menyorokkan gelang berwarna pink itu dengan menggunakan kain lilitan berwarna putih,” katanya.

Menurut Nik Ezanee, siasatan awal mendapati lelaki ini baru pulang dari Sabah dan diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September hingga 11 Oktober depan.

Jelasnya, lelaki itu ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Tambahnya, orang ramai yang dikenakan perintah kuarantin di rumah agar mengikut arahan yang ditetapkan dan mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas. -SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button