Nasional

Gembeling tenaga cari di manakah Zalina Azman

SELAIN daripada Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang mengenali personaliti TV3, Zalina Azman yang hilang sejak November tahun lepas, ada lagi personaliti lain yang telah cuba menjejaki di manakah Zalina atau lebih mesra dengan panggilan Zal dalam kalangan rakan-rakan selebriti.

Ras Adiba berkongsi gambarnya yang terkini dengan Zalina dalam saluran YouTube manakala rakan lain memilih untuk membuat pencarian di manakah Zalina berada secara senyap-senyap.

BANGLO di Seksyen 3 Shah Alam pernah didiami Zalina Azman.

Sebelum ini, Datuk Aznil Nawawi secara senyap-senyap, berusaha mencari Zalina dengan berpandukan kepada mesej-mesej personel.

Usaha Aznil tidak diuar-uarkan kerana yang penting ialah sama-sama mencari Zalina.

Tidak perlu nak menggembar-gemburkan usaha mencari Zalina kerana yang penting, ramai rakan-rakan beliau telah pun memulakan langkah pencarian sejurus berita kehilangan wanita bekas pembaca berita dan hos MONEY MATTERS ini dikhabarkan hilang.

Lapan bulan hilang, rakan-rakan wanita seangkatannya di TV3 dahulu membincangkan sesame mereka, apakah masalah yang dihadapi oleh Zalina.

Secara tertutup, topik perbualan mereka tidak akan didedahkan oleh SUARA MERDEKA kerana menghormati salah seorang daripada mereka yang memaklumkan kepada SUARA MERDEKA.

Lagipun pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk menjejaki di manakah keberadaan Zalina dan jangan sampai mengganggu siasatan polis.

Ada yang mengatakan, ternampak kelibat seorang wanita yang mempunyai susuk tubuh yang sama seperti Zalina di bulatan

Ras Adiba mengatakan, mulai malam ini, misi menjejaki Zalina dijalankan.

Zalina pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahayamata hasil perkahwinannya.

Bahkan dia juga dikatakan tinggal di sebuah rumah banglo di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun banglo tersebut hari ini nampak seperti sebuah rumah yang ditinggalkan, tidak berpenghuni.

TANGKAP layar hantaran yang dibuat oleh pemilik kafe yang dikunjungi oleh seorang wanita yang dikatakan menepati diskripsi Zalina Azman yang hilang sejak November tahun lepas.

Dengan menggembeling tenaga dan mengumpul sebanyak maklumat, kes kehilangan Zalina yang diklasifikasikan sebagai orang hilang, dapat mencari Zalina Azman.

Sementara itu, tular di media sosial Zalina masuk ke sebuah kafe di Shah Alam.

Menurut pemilik kafe berkenaan, dia jumpa Zalina yang memakai jaket dengan susuk tubuh sama seperti yang digambarkan oleh pihak polis.

TANGKAP layar pemilik kafe di Shah Alam yang menerima kedatangan seorang wanita yang memenuhi diskripsi seperti Zalina Azman.

Pada pandangan kasar pemilik kafe itu, Zalina kelihatan seolah-olah ‘takut besi’ yang mana itu (takut besi) tidak difahami apakah maksud sebenarnya.

Melalui hantaran di twiter pemilik kafe berkenaan, dia bimbang kalau-kalau wanita itu mengalami trauma berkaitan dengan besi. – SM

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button