Nasional

Empat kawasan di Perak, Terengganu dikenakan PKPD

EMPAT kawasan di Perak dan Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 14 Februari ini.

Penguatkuasaan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 50 kes positif di kawasan berkenaan dikenal pasti selepas 651 ujian saringan dilaksanakan.

Kawasan tersebut adalah, Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) dan Kuaters Kakitangannya di Batu Gajah, Perak serta Kampung Darau-Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepan Kejor di Besut, Terengganu.

Pelaksanaan PKPD dilapor dikuatkuasakan bagi memastikan tiada jangkitan dalam kalangan komuniti, malah ujian saringan bersasar akan dilaksanakan.

Ujian saringan tersebut termasuklah ke atas 2,152 penduduk di Kampung Darau-Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepan Kejor.

“Sehingga kini di PPA Batu Gajah, KKM telah melaksanakan 81 ujianb saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 29 kes positif Covid-19 telah direkodkan serta 45 baki saringan sedang menunggu keputusan.

“Manakala di Besut, Terengganu, KKM telah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif Covid-19 telah direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ini.”

Demikian kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19 hari ini.

Sementara itu, PKPD yang sebelum ini dikuatkuasakan di Penjara dan Kuaters Kakitangan Simpang Renggam, Kluang, Johor akan ditamatkan lusa (14 Februari).

Beliau memberitahu, KKM memaklumkan 476 ujian saringan dilaksanakan dan daripada jumlah itu, sebanyak 294 kes positif Covid-19 direkodkan.

“KKM turut melaporkan kes positif Covid-19 di penjara ini telah menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta kes terakhir yang direkodkan ialah pada 11 Februari 2021 iaitu sebanyak 2 kes.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkannya pada tarikh seperti dijadualkan,” katanya.

Dalam makluman sama, Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 680 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Daripada 610 dikompaun, 59 individu direman manakala 11 lagi dijamin.

Selain itu, kesalahan dalam sektor ekonomi juga turut dikesan apabila 193 yang direkodkan melibatkan ingkar arahan seperti gagal menyediakan peralatan bagi merekod diri dan pelanggan, pusat hiburan, operasi lebih masa dan beroperasi tanpa kebenaran. – SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button