JenayahNasional

Satu keluarga terlibat seludup dadah berjumlah RM3.4 juta

BUKAN seorang, tetapi empat ahli keluarga iaitu adik, abang, ibu dan abang ipar terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah ke Indonesia melalui jalan laut di Johor.

Sindiket dadah itu antara yang ditahan menerusi sembilan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah dan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 19 dan 20 Jun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya melakukan 9 serbuan di sekitar Muar, Kempas, Johor Bahru Utara dan Seri Alam.

“Operasi pertama melibatkan satu bot nelayan pukat jaring yang dinaiki dia lelaki tempatan telah ditahan Polis Marin Wilayah 2 kerana didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil soal siasat berjaya membuat rampasan dadah di sekitar kawasan Muar dan membawa kepada serbuan kedua iaitu tangkapan melibatkan empat sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay,

Menurut Ayob, operasi seterusnya pada 20 Jun lalu membawa kepada lima serbuan berasingan di sekitar Muar dan berjaya menahan empat suspek yang mana kesemuanya merupakan ahli keluarga berusia antara 20 hingga 50 tahun.

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas syabu berjumlah (42.8 kilogram), pil ekstasi (51,703 biji) dan pil erimin 5 (9,500 biji) yang kesemuanya berjumlah RM3.4 juta.

“Selain itu, kita turut merampas sebuah bot dan satu enjin serta dua buah kenderaan dengan nilai anggaran RM65,000,” katanya.

Sementara itu dalam satu kes berasingan, pihaknya turut menahan lapan lagi suspek sindiket pengedaran dadah berusia 23 hingga 33 tahun menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.

Jelas beliau, turut merampas ialah pelbagai dadah bernilai RM20,341 dan menyita sebuah kenderaan serta wang tunai bernilai RM20,795.

Tambahnya, kesemua suspek dikenakan reman selama tujuh hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button