Luar Negara

Presiden Mali di culik pemberontak

PRESIDEN Mali, Ibrahim Boubacar Keita diculik oleh pemberontakan tentera di ibu kota Bamako, kata dua sumber keselamatan kepada Reuters.

Penculikan itu dilakukan setelah tentera bersubahat di pangkalan tentera Kati di luar Bamako dan mengumpulkan sejumlah pegawai kanan awam dan tentera.

Jurucakap Keita tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Penahanan Keita susulan ketidakpastian yang berlaku di negara itu membabitkan petelingkahan  tentera tentera di pangkalan di luar Bamako dan mengumpul sejumlah pegawai kanan dan pegawai tentera.

Gambar di media sosial menunjukkan Keita, dan Perdana Menteri Boubou Cisse dalam konvoi tentera yang dikelilingi oleh tentera bersenjata,  tetapi Reuters tidak dapat mengesahkan kesahihan video tersebut.

Dalam video itu Cisse kelihatan meminta diadakan dialog dan mendesak para pemberontak untuk berhenti, sebelum hilang dari pandangan. Dua sumber keselamatan kemudian memberitahu Keita telah diculik dan Kesatuan Afrika mengatakan Cisse juga dalam tahanan.

Stesen televisyen nasional Mali tidak beroperasi selepas penahanan, dan kembali ke udara pada awal petang dengan rancangan yang di rakam.

Tidak diketahui siapa yang memimpin para pemberontak, siapa yang akan memerintah ketika ketiadaan Keita atau apa motivasi para pemberontak. Jurucakap tentera mengatakan bahawa dia tidak mempunyai maklumat.

Gabungan M5-RFP di sebalik tunjuk perasaan besar-besaran sejak Jun menyerukan Keita untuk mengundurkan diri menandakan sokongan terhadap tindakan pemberontak, dengan jurucakap Nouhoum Togo mengatakan kepada Reuters bahawa itu “bukan rampasan kuasa tentera tetapi pemberontakan yang popular”.

Ratusan penunjuk perasaan antikerajaan untuk masuk pusat bandar sambil bersorak tanda meraikan penahanan Keita itu.

Para penunjuk perasaan telah menyalahkan Keita kerana rasuah dan memburukkan keamanan di utara dan tengah negara Afrika Barat.

Pada 2012 pemberontakan turut berlaku di pangkalan Kati menyebabkan rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Presiden Amadou Toumani Toure ketika itu dan mempercepat kejatuhan utara Mali kepada kumpulan jihad.

Perancis telah campur tangan pada tahun berikutnya untuk mengalahkan mereka. Tetapi sejak itu kumpulan militan kembali dan memperluas pengaruh mereka ke negara tetangga Burkina Faso dan Niger, menyerang tentera, orang awam tempatan dan pelancong Barat.

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button