Luar Negara

5 kanak-kanak Palestin maut dalam serangan di Gaza

LIMA kanak-kanak Palestin dibunuh tentera Israel dalam satu serbuan udara semasa serangan tiga hari di Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Memetik laporan media Israel semalam, Pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan Israel bertanggungjawab dalam insiden itu.

Insiden itu berlaku pada 7 Ogos di sebuah tanah perkuburan di kawasan Jabaliya, utara Gaza, yang membawa kepada “kematian lima kanak-kanak kecil pada hari terakhir serangan baru-baru ini,” menurut harian Haaretz pula.

Dakwaan awal telah menyalahkan kumpulan Jihad Islam Palestin atas insiden itu selepas pelancaran roket yang gagal mendarat kembali ke dalam Gaza.

Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara terhadap sasaran di Gaza pada 5 Ogos lalu dengan menyatakan “ancaman serangan yang akan berlaku” oleh kumpulan Jihad Islam berikutan peningkatan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita, terbunuh, manakala lebih 360 yang lain cedera dalam serangan itu. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button