Luar Negara

Lebih 260,000 jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam

DUNIA terus mencatatkan penigkatan jumlah bilangan pesakit yang dijangkiti virus maut Covid-19.

Dalam 24 jam lalu sejumlah 260,000 orang lagi mendapat wabak yang sehingga kini masih belum mempunyai vaksin tersebut.

Sehingga kini lebih 25 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti virus berkenaan.

Amerika Syarikat yang tidak mempunyai strategi berkesan menangani wabak tersebut kekal menjadi negara yang paling ramai mendapat jangkitan Covid-19 iaitu 6,110,535 orang.

Diikuti negara Amerika Latin, Brazil dengan 3,950,931 kes, dan India merekodkan 3,769,523 kes.

Dalam pada itu lebih 6,000 orang mati dalam tempoh 24 jam diseluruh dunia akibat wabak tersebut.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kematian global adalah sebanyak 859,478.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 185,644 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 122,596 kes, India 66,333 dan Mexico 65,241 kes.-SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button