Nasional

Syed Saddiq botakkan kepala hari ini?

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijadual akan membotakkan kepalanya hari ini selepas sasaran kempen mengutip sumbangan membeli 100 buah komputer riba berjumlah RM200,000 hampir tercapai.

Menurut pengasas parti Muda itu, ketika ini kempen 1 rumah 1 komputer itu telah berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM185,960.

“RM185,960!!! Terima kasih rakyat Malaysia! Toby pun dah panik. Takut kena botak sekali. Adakah Toby akan menjadi Tobald?

It’s the final countdown!” kata Syed Saddiq di Facebooknya.

Syed Saddiq melancarkan kempen tersebut pada Sabtu lepas dan bernazak untuk membotakkan kepala hari ini jika dia berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM200,000.

Tindakan radikal yang juga kreatif itu sebagai kempen untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau.

Sebelum ini melalui cara yang sama Syed Saddiq telah berjaya menyumbangkan sebuah komputer riba kepada 100 orang pelajar di kawasan beliau.

Kesemua penerima komputer riba berkenaan terdiri daripada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

“Inisiatif ini khas dilakukan kerana saya sedar kepentingan laptop yang kini sangat diperlukan oleh para pelajar.

“Saya juga bernazar, dengan tercapainya sasaran kempen ini, saya akan membotakkan kepala saya sebagai tanda kesyukuran. Semuanya demi Muar.

“Saya berharap dan menyeru para insan yang baik hati dan dermawan supaya turut serta bersama saya di dalam menjayakan program murni ini,” kata Syed Saddiq.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button