Luar Negara

Seekor ikan didakwa kerana membunuh

SEEKOR ikan telah didakwa oleh polis Parawada di bandar Visakhapatnam, India kerana menyerang seorang nelayan hingga menyebabkan kematian, minggu lalu.

Polis telah dimaklumkan mengenai kematian nelayan tersebut oleh rakan-rakannya yang berada di tempat kejadian.

Dipercayai, kejadian tersebut berlaku ketika enam orang nelayan dari pantai Muthyalamma Palem termasuk mangsa, N. Joganna, 40, sedang memancing di kawasan Parawada.

Ketika Johanna turun ke dalam air untuk menarik pukat yang dirasakan berat daripada biasa telah diserang oleh seekor ikan spesies Marlin Hitam.

Ikan Marlin Hitam yang mempunyai muncung berduri seperti pedang tertusuk pada tulang rusuk mangsa.

Joganna dilaporkan berdarah dengan banyak sebelum meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital berhampiran.

Selepas mengambil keterangan daripada kumpulan nelayan itu, polis memfailkan kes terhadap ikan marlin hitam itu mengikut Seksyen 174 Kanun Keseksaan India dan menjalankan siasatan mengikut prosedur.

Sementara itu, Peguam, Abdus Saleem berkata, bahawa kes boleh difailkan terhadao ikan untuk kejadian tersebut mengikut prosedur dan seksyen undang-undang tetapi tiada tindakan yang boleh diambil terhadapnya.

Tambahnya, Seksyen 174 biasanya digunakan apabila seseorang telah mati dalam kemalangan, membunuh diri, kematian akibat serangan haiwan atau penggunaan jentera. -SM

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button