MahkamahPolitik

Peguam Negara cadangkan buat representasi permohonan maaf-Isham Jalil

MUNGKIN ada yang belum berkesempatan membaca catatan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkaitan tentang kes mengina mahkamah.

Berikut adalah catatan penuh yang beliau kongsi dalam WhatsApp.

Laporan akhbar mengatakan bahawa saya ada buat representasi untuk memohon maaf kepada kehakiman ke atas kes menghina mahkamah saya berkaitan isu hakim-hakim dalam kes Dato’ Sri Najib. Representasi tersebut dibuat setelah ia dicadangkan oleh pihak Peguam Negara kepada peguam saya beberapa minggu lalu. Mungkin pihak Peguam Negara tidak mahu memanjangkan kes ini di mahkamah terbuka. 

Oleh itu saya bersetuju dengan cadangan mereka sebabnya kerana kos guaman agak tinggi dan saya bukanlah seorang yang kaya raya atau billionaire. Saya ada duit tetapi bukanlah seperti ahli politik kaya raya yang lain. Sepanjang saya berkhidmat di jawatan tertinggi kerajaan saya tidak pernah makan rasuah dan tidak pernah sakau duit haram. Siapa yang pernah kerja dengan saya tahu perkara ini.

Saya juga ingin tumpukan perhatian kepada satu lagi kes mahkamah iaitu berkenaan Farhash Salvador dan pembelian saham Heitech Padu. Yang ini adalah kes yang lebih besar dan penting untuk saya lawan dan beri perhatian dan mendapat sokongan Peguam Negara dan badan kehakiman. Tidak bijak dan tidak masuk akal jika saya mengharap sokongan dan budibicara kehakiman dalam satu kes tetapi melawan mereka dalam satu kes yang lain.

Oleh itu pada ketika ini saya perlu pilih lapangan perjuangan (choose the battle) saya dengan baik dan bijaksana. Kali ini saya terpaksa mengalah dengan Peguam Negara dan Badan Kehakiman.

Saya faham saya tidak boleh menang dalam semua perkara, dan dalam perjuangan kita akan kalah dan jatuh banyak kali sebelum kita berjaya. Ini adalah asam garan kehidupan dalam perjuangan saya sebagai seorang rakyat dan ahli politik.

Sekian, terima kasih.

Salam

ISHAM JALIL – SM

BACA Tuduhan Isham Jalil hina mahkamah didengar 4 Mac ini

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button