Politik

Bimbang peserta #Lawan burukkan lagi jangkitan Covid-19

BEBERAPA pihak menyuarakan kebimbangan demontrasi #Lawan yang diadakan di ibu negara semalam akan memburukkan lagi situasi jangkitan Covid-19 di Malaysia terutama di Lembah Kelang.

Kehadiran jumlah peserta beratus-ratus orang dengan tidak mematuhi prosedur opererasi standard itu dibimbangi akan mencetuskan kluster baju hitam,

Ketua Bersatu Bahagian Segambut Mahathir Mohd Rais berkata, semua pihak harus sedar bahawa usaha membendung pandemik Covid-19 bukan sahaja tanggungjawab pihak kerajaan tetapi juga keseluruhan rakyat Malaysia.

“Pada pendapat saya, demonstrasi ini tidak seharusnya dianjurkan sama sekali. Ini merupakan agenda politik yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Sebarang ketidakpuasan hati terhadap kerajaan seharusnya diutarakan melalui saluran yang betul dan bukannya menganjurkan demonstrasi di kala petugas barisah hadapan kita berhempas-pulas ketika pandemik ini,” kata Mahathir dalam satu kenyataan.


Tambahnya, demonstrasi yang berlaku semalam bukan sahaja menggambarkan sifat ketidakmatangan pihak tersebut malahan turut menampakkan agenda untu mencetuskan huru-hara di negara ini.

“Rakyat seharusnya dilindungi dalam segala sudut dan bukannya digadaikan demi kepentingan politik pihak pembangkang melalui demonstrasi yang jelas telah melanggar SOP yang dikenakan.

“Berhentilah dan berikan fokus kepada membenteras wabak Covid-19 ini bersama agar kita dapat menghentikan pandemik ini dan menjalani kehidupan seperti sediakala,” kata Mahathir.

Hampir 200 individu memakai baju warna hitam dan membawa bendera hitam dilihat berdiri di luar stesen LRT di sepanjang Jalan Tun Perak, sekitar jam 10 pagi semalam.

Para penunjuk perasaan menuduh kerajaan salah urus wabak Covid-19. Beberapa yang hadir mengusung replika mayat berbalut kain kafan lambang kematian Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Tunjuk perasaan tersebut berlangsung di tengah-tengah jumlah kes melebihi 15,000 orang sejak beberapa hari lalu dengan jumlah kematian melebihi 100 orang. .-SM

(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button