Ekonomi

Pecah rekod: Hotel di Langkawi terima 1,000 tempahan dalam sejam

PECAH rekod! Sektor perhotelan di Pulau Langkawi menerima 1,000 tempahan daripada pelancong domestik sebaik sahaja aktiviti untuk merentas negeri dan melancong dibenarkan kerajaan bermula 10 Jun ini.

Ketua Pegawai Ekesekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir menyifatkan perkembangan tersebut sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan impak pandemik COVID-19.

langkawi

“Untuk makluman juga, pada pukul 4 petang tadi sehingga 4:45 petang, kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.

“Ini adalah rekod. Semua hotel kita telah menerima 1,000 tempahan dan semua tempahan yang dibuat adalah daripada pelancong domestik yang hendak ke Pulau Langkawi,” katanya.

Memetik laporan Astro Awani, Zainudin berkata, LTA juga menyasarkan satu juta pelancong domestik masuk ke Pulau Langkawi bermula 10 Jun sehingga 31 Disember nanti.

Walau bagaimanapun katanya, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan lebih lanjut khususnya mengenai penggunaan fasiliti di hotel.

“Bermula 10 Jun sehingga 31 Disember nanti, kita mensasarkan satu juta pelancong domestic tetapi kita ada sedikit kemusyilan.

“Kita patut jawab persoalan tentang kemudahan-kemudahan yang boleh gunakan di hotel seperti kolam renang.

“Orang bercuti bawa anak, bawa keluarga. Sudah tentu kita nak gunakan kolam renang tetapi dalam pegumuman Perdana Menteri tadi, tidak disebut secara terperinci,” kata beliau.

Sehubungan itu, Zainudin berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan sendiri untuk mendapat garis panduan yang ditetapkan.

Bagaimanapun katanya, pusat peranginan seperti Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi masih belum dibuka kepada umum.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas beliau pada Ahad memaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPD) yang berakhir 9 Jun ini akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Lebih banyak kelonggaran diberikan sepanjang tempoh PKPP termasuk kebenaran rentas negeri dan pelancongan domestik namun harus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Malaysia kini memasuki fasa pemulihan dan PKPP adalah sebahagian daripada strategi keluar PKP yang dilaksanakan bermula 18 Mac dan PKPB sejak 4 Mei.

Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button