Politik

Bahasa Cina: Kemudahan pelancong, alasan remeh – Pemuda Amanah

PEMUDA Sosialis DAP (DAPSY) tidak sepatutnya menggunakan alasan kemudahan pelancong untuk membenarkan penggunaan bahasa Cina pada papan tanda.

Alasan sedemikian dianggap remeh dan tidak patut kerana Bahasa Kebangsaan di negara ini adalah Bahasa Melayu.

Justeru tindakan menampal pernyataan dalam bahasa selain Bahasa Melayu pada papan tanda awam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Tulisan bahasa Cina sebagai bahasa ibunda kaum Cina.

“Ia hendaklah digunakan pada premis yang sesuai dan mengikut keperluan dalam menghormati hak setiap kaum negara ini.

BACA > Lepas tuduhan halang Jawi: Siti Kasim bersyukur kepada Allah – Suara Merdeka

“Sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perbuatan Dapsy ini adalah tindakan yang tidak berperlembagaan dan melanggar Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan juga satu perbuatan vandalisme.

“Oleh itu, satu tindakan pencegahan (deterrent) perlu diambil. Selain itu, Dapsy perlu meminta maaf di atas keterlanjuran perbuatan ini.

“Alasan yang diberikan adalah bagi memudahkan pelancong asing terutama dari negara China adalah alasan remeh kerana setiap pelancong perlu menghormati bahasa kebangsaan sesebuah negara.

“Sudah pasti pelancong luar juga mahu mengenali bahasa kebangsaan negara yang dikunjungi.”

Demikian kenyataan Pemuda Amanah, Muhammad Faiz Fadzil hari ini dalam Facebooknya mengulas tindakan DAPSY Sarawak berkenaan.

Terdahulu, tular gambar bebrapa anggota DAPSY menampal tulisan Cina pada papan tanda jalan utama di Sarawak seperti di Jalan Main Bazaar, Wayang Street dan Greenhill.

Dalam pada itu, tambah Muhammad Faiz tindakan menunjukkan DAP tidak mempunyai jati diri yang kuat terhadap Malaysia.

BACA > DAP tidak peka sentimen masyarakat majmuk – Menteri Muda Sarawak – Suara Merdeka

Malah, tindakan tersebut juga tidak menunjukkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Inilah masanya rakyat Malaysia mempromosikan Bahasa Melayu dan pada masa yang sama menunjukkan jati diri rakyat Malaysia yang berbangga dengan bahasanya sendiri.

“Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaan yang membentuk identiti sesebuah negara,” kritiknya.

https://www.facebook.com/mff.faizfadzil/photos/a.1601795463408531/2654807758107291/?type=3&theater

Terdahulu, tindakan beberapa anggota DAPSY Sarawak menampal pernyataan pada papapan tanda jalan dalam bahasa Cina mendapat kecaman ramai pihak.

Tindakan tersebut turut mengundang kritikan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari daripada DAP, Young Syefura.

Menurut beliau, tindakan DAP itu bukan pertama kali, bahkan pernah mencabar Kerajaan Negeri Pahang berkaitan tulisan jawi pada sambutan Aidiladha lalu.

Selain itu, tindakan itu juga mendapat tentangan daripada Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

BACA > ‘Time raya haji dan awal Muharam juga buat hal’ – ADUN DAP – Suara Merdeka

Beliau menegaskan DAP tidak sepatutnya mengheret Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memenuhi agenda politik mereka. – SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button