NasionalpilihanPolitik

Pemuda UMNO tak buat kecoh pada Ceramah Mega Muar MUDA – Mohd Helmy

Gara-gara Ceramah Mega Muar MUDA kononnya diprovokasi dan timbul kekacauan akibat tindakan Pemuda UMNO, satu laporan polis dibuat ke atas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta beberapa kepimpinan MUDA.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar, Mohd. Helmy Abd Latif berkata, tuduhan itu dikemukakan dalam bentuk ucapan dan beberapa paparan di dalam laman twitter.

“Dalam Twitter, mereka menuduh Pemuda UMNO sebagai kumpulan yang mencetuskan kekecohan semasa YB Syed Saddiq sedang berucap di perkarangan Pejabat Parti MUDA Muar.

“Selaku Ketua Pemuda UMNO Muar, saya menegaskan bahawa Pemuda UMNO Muar khasnya, dan Pemuda UMNO secara keseluruhannya menolak politik secara provokasi sebegini kerana ia adalah budaya yang tidak diamalkan oleh Pemuda UMNO,” kata Mohd. Helmy.

Mohd. Helmy berkata demikian mengulas tindakannya yang membuat laporan polis atas pertuduhan negatif yang dilontarkan Syed Saddiq menerusi media sosial.

Kata Mohd. Helmy, keseluruhan jentera Pemuda UMNO Bahagian Muar terlibat secara langsung dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO dan juga Pelancaran Jentera Pilihanraya pada hari kejadian.

Secara logiknya mustahil bagi Pemuda UMNO Bahagian Muar untuk meluangkan masa melakukan sesuatu yang tidak langsung mendatangkan faedah kepada parti.

“Justeru, kerana melihat kepada usaha untuk melemparkan fitnah amat mudah oleh pimpinan MUDA ini, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

“Saya juga telah berbincang dengan peguam saya untuk membuat tindakan saman terhadap mereka yang telah menuduh Pemuda UMNO di dalam kes ini,” ujar Mohd. Helmy.

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button