Politik

Betulkah Perdana Menteri menghadap Agong petang ini untuk dapat perkenan bubar Parlimen?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada pukul 4 petang hari ini menjadi tumpuan dan perhatian.

Ini ekoran ura-ura  Perdana Menteri mahu memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Ini berdasarkan desakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO supaya PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Selepas mesyuarat MT UMNO itu Ismail Sabri turut memberi bayangan Parlimen akan dibubarkan pada tahun ini.

Parlimen yang dipilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 akan tamat penggal pada Mac tahun depan.

Berdasarkan jadual  rasmi, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembah Bajet 2023.

Tetapi desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat. – SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button