Hiburan

Pendakwah juga diuji seperti manusia yang lain – Dr. Fitri Haris

SEJAK  tularnya kes tidak bermoral yang dikaitkan dengan seorang bekas peserta program realiti baru-baru ini, bermacam-macam pendapat dilemparkan.

Ada yang enggan bersuara, melihat secara positif dan tidak kurang juga yang mengecam kesalahan lelaki itu.

Namun bagi penyanyi dan juara program realiti Gema Gegar Vaganza, Dr. Fitri Haris berkata, seeloknya perkara yang tidak baik dilakukan oleh sesiapa pun perlu dijadikan sempadan.

“Pendakwah memang menyampaikan benda yang baik. Cuma bila tiba satu ujian kepada mereka, perkara itu terus menjadi tumpuan.

“Mereka (pendakwah) adalah manusia biasa dan bukannya robot. Mereka pun diuji dan saya satu ketika dahulu pun pernah diuji,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar This is Nasyid di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Kuala Lumpur, semalam.


Menurut Fitri, daripada seseorang itu menyebarkan sesuatu yang buruk, lebih baik sebarkan perkara-perkara baik yang pernah dilakukan sebelum ini.

Ujarnya, setiap manusia akan diuji dan ketika ini, semua sedang diuji dengan netizen.

“Kalau dalam kehidupan seharian, kita sudah diajar dengan adab dan sebagainya. Contohnya ketika lalu di hadapan orang yang lebih tua dan sebagainya.

“Tetapi bila adab dan akhlak libatkan teknologi, macam kena kejutan budaya. Sebab di laman sosial sebula boleh cakap sampai ada yang lupa mengenai perkara yang kita tidak sepatutnya cakap,” katanya.

Dalam pada itu, Fitri kini diberi tanggungjawab untuk mengkaji berkenaan muzik nasyid di Malaysia dengan kerjasama ditawarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Dana Kandungan Digital (DKD).

Dia turut mendapat sokongan daripada SCIMPA, UUM dan Munsyid Malaysia.

Program tersebut yang akan ini akan menemui peminat menerusi saluran YouTube Fitri Haris Official bermula 18 Disember ini pada pukul 9 malam. -SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button