Nasionalpilihan

Pearly Tan-M.Thinaah sumbang pingat emas ketujuh

Sukan Komanwel Birmingham 2022

Beregu badminton wanita negara menerusi gandingan Pearly Tan-M.Thinaah menepati ramalan apabila menyumbang pingat emas tujuh buat kontinjen Malaysia pada hari terakhir temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 sebentar tadi.

Buat kali ketujuh dan yang terakhir lagu kebangsaan bergema
di National Exhibition Center (NEC) selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang acara beregu badminton berlangsung beberapa jam sebelum temasya Sukan Komanwel di bumi Birmingham menutup tirai malam ini.

Lebih manis Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohammad Norza Zakaria turut hadir menyampaikan pingat kepada pemenang.

Dalam perlawanan akhir, Pearly-Thinaah tidak berdepan tugas getir apabila mudah mengetepikan saingan tuan rumah menerusi pasangan Chloe Birch-Lauren Smith menerusi kemenangan 21-5 dan 21-8.

Beregu wanita nombor 11 dunia itu nyata bukan tandingan buat gandingan tuan rumah yang langsung tidak memberikan tentangan sengit sepanjang aksi untuk mudah Pearly-Thinaah merealisasikan pingat emas ketujuh milik kontinjen negara.

Ng Tze Yong sekadar meraih pingat selepas tewas kepada Lakshya Sen dari India 21-19, 9-21, 16-21.

Kemenangan itu menebus kekecewaan apabila rakan sepasukan menerusi perseorangan lelaki, Ng Tze Yong gagal dalam misi untuk bergelar juara Sukan Komanwel apabila tewas kepada jaguh nombor satu India, Lakshya Sen dalam perlawanan akhir terdahulu.

Pujian harus diberikan kepada pemain berusia 22 tahun itu mengisi slot terakhir skuad badminton negara ke Sukan Komanwel mengisi kekosongan Lee Zii Jia yang menarik diri di saat akhir.

Tze Yong memberikan tentangan sengit sebelum akur dengan kehebatan Sen apabila tunduk 21-19, 9-21, 16-21 dalam pertarungan selama 81 minit.

Gelaran juara perseorangan lelaki Sukan Komanwel sebelum ini milik Malaysia menerusi Datuk Lee Chong Wei yang diraih temasya di Gold Coast 2018 dan New Delhi 2010. – SM

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button