fbpx
Hiburan

PU Amin harap Dr. Zulkifli dapat selesaikan isu Sajat

Pelantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri diharapkan dapat menyelesaikan isu identiti Nur Sajat supaya tidak menjadi kegusaran masyarakat.

Pencetus Ummah (PU) Amin berharap, Zulkifli boleh menunjukkan kebenaran selain tidak membiarkan isu menghimpit usahawan kosmetik itu terhenti di tengah jalan.

“Ada perkara yang masih belum diselesaikan. Berikan ruang dan masa. Kita perkasakan kedudukan mufti dan menteri agama kita.

“Moga ada jawapan dan tindakan yang sewajarnya dalam hal ni. Semoga Allah beri jalan kebaikan kepada semua anak bangsa dan keturunan kita.

“Supaya yang kotor dapat dibersihkan. Yang benar ditunjukkan. Yang salah diambil pengajaran. Insya-Allah, ia tidak terhenti di tengah jalan. Pada Allah kita berserah,” katanya di Instagram.


Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mencetuskan kontroversi apabila menunaikan ibadah umrah memakai telekung.

Show More

Related Articles

Back to top button