AgamaBelang BertempatHiburan

Liberalisme Semakin Merebak Dalam Negara Kerana Undang-Undang Malaysia ‘Pengecut’!

Suatu ketika dahulu, tular ada produksi yang buat job shooting iklan judi bertemakan hari raya Aidilfitri dan ketika ini, kecoh pula video pendek promosikan aplikasi berkait dengan gay.

Bagaikan sudah tidak menjadi satu kehairanan apabila perkara-perkara bodoh ini sebegitu mudah merebak dalam negera kerana ada yang mendakwa undang-undang Malaysia sangat ‘penegcut’.

Maka yang akan dibicarakan adalah kes-kes yang tular dan dapat desakan warganet sahaja namun bagi isu-isu yang jelas terang melanggar hukum Islam dan Melayu, diam sampai ke sudah.

Selain daripada undang-undang Malaysia yang ‘pengecut’, jabatan peguam dan kehakiman itu sendiri sudah mula didominasi golongan intelektual yang berfahaman liberal.

Sehubungan itu, paksalah Jakim buat kerja macam mana sekali pun, kalau yang sembang pasal undang-undang itu puak-puak liberal, “You takde duit, you diam-diam sahaja!”

Paling semakin jelas, kewujudan puak liberal dalam sistem pentadbiran adalah salah satu agenda untuk percepatkan usaha menghapuskan Islam dan menjadikan Malaysia sebagai negara sekular.

Jadi mereka beri peluang, mereka biayai dan mereka bagi lubang agar jarum-jarum halus ini mudah merebak dalam jiwa masyarakat yang sudah menjadi hamba kepada sistem dunia.

Rohani generasi hari ini kosong dan sentiasa kelaparan, mana ada pihak berwajib yang berusaha yang mantapkan rohani anak-anak Melayu dan Islam.

Semuanya pakat sembang untuk mantapkan ekonomi negara dan kedudukan mereka sebagai ahli politik untuk pastikan mereka kekal berkuasa dan boleh buka jalan kepada kehancuran ini.

Riyadh sudah buktikan negara yang kononnya memurnikan Islam boleh bertukar bau-bau sekular dan menghidupkan hiburan sebelum menjelang akhir zaman.

Apalah sangat setakat dengan negara Malaysia yang kecil ini? Pasti kalau orang-orang yang masih ada jiwa Melayu dan Islam tidak banteras, nasib Malaysia pun serupa sahaja!

P/s : Jakim ada memberi maklum balas mahu merujuk SKMM mengenai perkara ini namun sedarkah orang-orang tua dalam jabatan itu yang pakat buat video ini, ingat semua berdaftar dan berlesenkah? Capai kamera, beli barang dari Shopee, cari talent dan shoot. Bukan nak siarkan dekat TV pun. Inilah masalah dan kelemahan undang-undang kita!

 

(Visited 755 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button