Hiburan

Guna baju pramugari ke majlis hari jadi, MAS jumpa Bella Astillah

SEBELUM ini, Suara Merdeka pernah melaporkan berkenaan isu berkenaan aduan pramugari Malaysia Arlines Berhad (MAS) terhadap pelakon, Bella Astillah yang memperagakan baju tersebut ke sambutan majlis hari jadi.

Malah, berita tersebut tular di laman sosial kerana ramai pramugari menganggap apa yang dilakukan Bella itu adalah perkara yang tidak patut dan seolah-olah tidak menghargai kebaya kebanggaan mereka.

Rupanya, selepas berita itu tular, pihak MAS telah berjumpa dengan Bella berkenaan dengan isu pemakaian uniform tersebut.

Bercerita mengenai pertemuan tersebut, Bella berkata, pihak MAS bertemu dengannya untuk menerangkan secara terperinci keistimewaan uniform tersebut.

“Pihak MAS sendiri ada berjumpa dengan Bella dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan uniform tersebut.

“Alhamdulillah banyak ilmu yang Bella peroleh yang saya rasakan sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang ramai terutamanya yang hanya mengetahui serba sedikit tentang sejarah MAS,” katanya.

Menurut Bella, sebagai seorang pelanggan setia MAS, dia sentiasa mengagumi syarikat penerbangan tersebut.

Menurutnya, sebagai seorang yang berasal dari Sabah, sejak kecil juga dia menaiki penerbangan MAS untuk perjalanan ulang alik ke Kuala Lumpur.

“Atas perkongsian knowledge daripada pihak MAS, sejarah menunjukkan bahawa uniform MAS yang digunakan sehingga sekarang adalah asalnya adalah ciptaan Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam pada tahun 1983 yang dicetuskan daripada Perdana Menteri kita ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik.

“Corak yang ada pada uniform juga melambangkan jati diri negara kita, iaitu corak bunga raya. Oleh yang demikian, adalah tidak dinafikan bahawa uniform MAS ini adalah sangat istimewa dan suatu kebanggaan di mata rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kupada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu turut memohon maaf kerana telah menggunakan uniform tersebut tanpa mengetahui lebih awal akan info, sejarah, dan etika berkenaan uniform MAS.

“Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar MAS Uniform tidak disalahgunakan.

“Terima kasih kepada MAS di atas kesudian mereka untuk berjumpa. Terima kasih di atas hadiah yang diberikan kepada anak-anak juga,” jelasnya. -SM

(Visited 1,150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button