HiburanUncategorized

Kopratasa rakam semula lagu raya pertama di dunia

Membaharukan sesebuah lagu lama bukanlah sesuatu yang baru dan ianya juga bukanlah mudah. Pelbagai sebab kenapa sesebuah lagu lama itu diperbaharukan semula.

Itulah yang cuba dilakukan oleh kumpulan Kopratasa yang bersatu semula untuk merakamkan lagu Selamat Hari Raya yang dipercayai lagu raya terawal di dunia.

“Kopratasa merasakan lagu lama mempunyai nilai sejarah tersendiri. Inilah juga terdapat dengan lagu Selamat Hari Raya ciptaan Tengku Ali Basha @ Cik Ara Bangsawan.

“Lagu ini dipercayai lagu raya pertama untuk umat melayu di Nusantara dan juga dunia amnya. Lagu yang dicipta pada tahun 1936 ini , telah membuka sejarah pada sambutan hari raya pada zamannya,” kata Pengarah Produksi, Keon Omar

Kopratasa juga telah menambah sedikit melodi baru di bahagian korus lagu ini dan menyanyikan dengan cara Kopratasa sendiri.

Biarpun rakaman semula lagu raya tersebut terdapat tambahan melodi , ia bukanlah bertujuan
merosakkan lagu tersebut , tapi bertujuan memeriahkan lagi melodi tersebut untuk menepati
konsep bergembira di hari raya.

“Setelah lama ketiga-tiga ahli kumpulan ini membawa haluan masing masing. Mereka kembali dengan projek istimewa ini dibawah payung Luncai Emas Sdn Bhd untuk peminat, sahabat dan juga rakan-rakan mereka yang sentiasa memberi dorongan untuk mereka terus berkarya,” katanya. -SM

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button