Hiburan

Kakak Siti Nurhaliza kahwin kali ketiga

DUA kali kahwin, jodoh tidak panjang dan semalam, kali ketiga kakak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Saida Tarudin berkahwin buat kali ketiga.

Majlis perkahwinan Siti Saida, 46, diuar-uarkan oleh adiknya itu menerusi media sosial Instagram sambil mendoakan agar jodoh kakaknya kali ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Majlis pernikahan Siti Saida dengan suaminya yang dikenali dengan nama Aizal diadakan di Roof Top Gardens, Cheras Magica Hall, Kuala Lumpur.

Pada acara akad nikah, Siti Saida menerima mas kahwin RM200 dan pada hari yang sama, pasangan Siti Saida dan Aizal mengadakan majlis resepsi mereka di dewan, lokasi yang sama. – SM

(Visited 820 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button