Hiburan

Selepas filem kini muncul pula teater Anwar : ‘Yayasan Anda’

Selepas tayangan filem Anwar the Untold Story dikeluarkan pada bulan lepas kini muncul pula teater yang mengangkat perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentang sejarah penubuhan Yayasan Anda sekitar 1970-an.

POSTER CIKGU ANDA YANG AKAN BERLANGSUNG DI HOTEL GRAND BARAKAH

Pementasan teater bertajuk “Cikgu Anda” mengimbas kembali sejarah pertubuhan Yayasan tersebut sebagai sebuah institusi pendidikan swasta untuk menampung pelajar luar bandar yang tercicir dari pelajaran dan meneruskan pendidikan lebih tinggi.

Selain itu dalam pementasan ini turut memperjuangkan idealisme dalam Yayasan Anda Akademik (YAA) yang tercipta mottor “Insan Akademik Yang Bertaqwa”, yang dicetuskan oleh perdana menteri masa itu sebagai pengasas dan dianggap sebagai Ikon pendidikan negara.

Menurut Pengarah Teater Encik Amran, teater ini sangat mencabar kerana perlu mengangkat naskah sejarah dari awal pertubuhan Yayasan Anda anda serta berkaitan dengan Anwar Ibrahim.

“Dalam naskah Cikgu Anda, saya mengangkat perjuangan cikgu-cikgu di kalangan mahasiswa ketika itu untuk menolong anak bangsa maju dalam pelajaran serta usaha-usaha yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim dalam akademi Yayasan tersebut.

“Terhasilnya skrip ini sebenarnya dari Persatuan Alumnai Yayasan Anda Akademik Malaysia ( PAYAAM), dalam naskah ini mengangkat kisah benar dan fakta penubuhan Yayasan Anda bahkan watak yang kami wujudkan adalah orang nyata bukan sekadar fiksyen, dari seorang guru dan anak murid semua adalah benar.” Jelasnya ketika majlis rasmi pelancaran teater Cikgu Anda di Hotel Grand Barakah pada Jumaat lepas.

Sipnosis ringkas berkenaan Teater “Cikgu Anda”

Seorang lelaki bernama Nazri kecewa hanya mendapat gred 3 dalam SPM, Nazri yang datang dari keluarga miskin nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menimba ilmu di Yayasan Anda Akademik. Sasaran utama adalah untuk lulus cemerlang dalam STP dan kemudian terus ke Universiti dengan bantuan Cikgu Anwar Ibrahim, Nazri telah diterima menjadi pelajar.

Antara barisan artis yang berlakon untuk pementasan teater tersebut, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Hairi SafwanChe Mat Raja Lawak, Najua P Ramlee, Sarah FaznyAbon, Mubarak Majid dan Iera Sabaria.

Persembahan tersebut akan diadakan pada 10 Jun ini, 8.30 malam bertempat di Hotel Barakah yang akan dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Penaung Yayasan Anda Akademik Malaysia.

Namun untuk maklumat persembahan ini diadakan secara tertutup, jika ada yang berminat untuk menonton teater ini hanya boleh menonton pada 9 Jun sahaja.

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut boleh menghubungi pihak penganjur di talian Datuk Dr Suhaimi Ibrahim 012-2454888, Mohd Dzaireen Abu Zahar 016-2572747, Marnie Musa 0173268068.

Artikle Berkaitan

Filem Anwar: The Untold Story gagal menusuk kalbu

Anwar dan Wan Azizah tersentuh selepas menonton kisah perjuangan mereka

(Visited 440 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button