Politik

Pelantikan Muhyiddin tak sah, apa jenis kerajaan ini – Mahathir

TUN Dr. Mahathir Mohamad terus mendakwa perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak sah kerana tidak ada persidangan Dewan Rakyat untuk mengesahkan pelantikan itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika tidak ada persidangan Parlimen secara formal dalam tempoh 60 hari maka pemilihan kerajaan itu dianggap tidak menepati undang-undang.

“Saya anggap bahawa pemilihan kerajan ini tidak menepati undang-undang. Itu terpulang kepada pakar undang-undang menyatakan sama ada sidang satu hari ini betul-betul sidang parlimen mengikut aturan,” katanya dalam kenyataan akhbar melalui rakaman video yang disiarkan di Facebooknya.

Dr. Mahathir juga mendakwa, persidangan sehari itu sebagai usaha menghalang beliau daripada bercakap di Dewan Rakyat bagi membentangkan usul tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Sekarang ini saya diberitahu bahawa walaupun Yang Dipertua Dewan Rakyat setuju saya bawa usul tidak percaya kapada Muhyiddin, sekarang ini kita tidak boleh bahas usul saya.

“Bahkan usul kerajaan pun tak akan dikemukakan. Jadi apa dianya persidangan ini? Untuk kita cuma dengar ucapan kerajaan melalui Yang di-Peruan Agong.

“Ini bukan mesyuarat Parlimen dan kita lambat-lambatkan persidangan. Bila kita minta lapan hari (persidangan) pun tak diberi,” katanya.

Dr.  Mahathir berkata, beliau telah menunggu untuk diberi peluang bercakap di Dewan Rakyat untuk menyokong usul undi tidak percayanya kepada Muhyiddin.

“Pada masa itu saya akan jelas sebab-sebab saya bawa susul ini, tetapi nampak ada satu percubaan untuk menghalang saya bercakap sebagai ahli dewan.

“Jangan kata sebagai orang ramai, tetapi sebagai ahli dewan pun tidak boleh bercakap dalam dewan.

“Jadi apa jenis kerjaan ini? Yang mana ahli dewan tidak boleh bercakap. Kalau ada sidang pun tidak boleh cakap sehingga kita ini menjadi satu kerajaan yang sebenarnya tidak sah,” katanya.

Dr. Mahathir juga berkali-kali menyebut bahawa pelantikan Muhyiddin tidak sah kerana beliau tidak boleh membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya.

“Pelantikan Muhyiddin saya fikir tidak sah. Yang pertamanya kita nak bercakap berkenaan dia angkat sumpah dengan berkata dia mendapat sokonga majoriti. Saya nak tau lah sama ada betul.

“Dan ini, dewan boleh tentukan sama ada diwaktu dia angkat sumpah apakah dia dapat majoriti.

“Sekarang ini dia boleh mendapat majoriti lah sebab dah tawar banyak jawatan kepada penyokong-penyokong saya pun.

“Tetapi waktu itu at the material time yang dia angjat sumpah itu apakan dia boleh bukti yang dia ada majorti.

“Sedangkan kami dapati bahawa 114 orang telah tanda tangan menyokong calon yang lain. Tetapi kerana tidak ada sidang parlimen ini tidak boleh dikemukakan.

“Biasanya kalau mengikut undang-undang Yang di-Pertuan Agong akan lantik seorang yang dipercayai olehnya. Mendapat sokongan bilangan yang majoriti dalam dewan.

“Ini dapat ditentukan apabila dewan bersidang. Tetapi sekarang ini dewan tidak dibenar bersidang.

“Bermakna bahawa sebenarnya tidak ada sokongan kapada Tan Sri Muhyididn sebagai Perdana Menteri,  kerana dewan tidak dapat bersidang untuk tentukan sama ada benar atau tidak dia dapat majoriti pada hari dia angkat sumpah,” kata Dr. Mahathir. – SM

(Visited 422 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button