Politik

Annuar Musa tunggu ‘lampu hijau’ sertai Pas, dapat ilham semasa di Tanah Suci

Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan beliau sertai lebih 1,000 individu daripada UMNO sedang menunggu ‘lampu hijau’ untuk sertai Pas.

Beliau yang ditemui dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri MN berkata, permohonan sudah pun dibuat sejak beberapa bulan lalu dan kini menunggu maklum balas.

Kata Annuar, lebih 1,000 individu yang terdiri daripada bekas pemimpin dan ahli UMNO sepakat mengambil langkah itu dan keputusannya mungkin diketahui minggu kedua Jun.

Annuar Musa dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Muafakat Nasional di Plaza Damas 3, Kuala Lumpur
Annuar Musa dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Muafakat Nasional di Plaza Damas 3, Kuala Lumpur

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut mendedahkan beliau terpaksa mengambil masa yang lama dalam menilai senario politik semasa sebelum membuat keputusan itu.

Bagi Annuar, keputusan yang mahu dibuat tidak boleh dipengaruhi emosi, dendam dan tindakan sentimen namun semasa berada di Tanah Suci, ilham tersebut ‘sampai’.

“Ini kerana apabila membuat keputusan kembali aktif dalam politik, dengan menyertai semula mana-mana parti, sekiranya diterima untuk menjadi ahli Pas dan PN, saya menjanjikan perjuangan habis-habisan.

“Namun akhirnya, ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini, baru saya dapat membuat keputusan berkenaan tetapi terpulang kepada pihak Pas mahu menerima atau tidak,” katanya. – SM

(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button