Nasionalpilihan

JPJ Melaka keluarkan 407 notis Ops TBC

Sebanyak 407 notis kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka sepanjang tempoh empat hari Operasi Pra Tahun Baru Cina (TBC) dilaksanakan sejak 14 sehingga semalam.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif berkata, notis tersebut melibatkan 337 kesalahan pelbagai kenderaan dengan nilai kompaun berjumlah hampir RM90,000.

Menurutnya, sebanyak 1,004 kenderaan telah diperiksa membabitkan 631 motosikal dan 373 kenderaan lain.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 180 kenderaan telah diambil tindakan melibatkan 139 motosikal dan 41 pula membabitkan lain-lain kenderaan.

“Motosikal paling banyak notis dikeluarkan membabitkan 236 atas manakala 68 pula membabitkan pelbagai kenderaan dan keseluruhannya sebanyak 304 notis telah dikeluarkan,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas mengetuai Ops Depoh Sempena Tahun Baharu Cina 2023 di Depoh Ekspres Delima, Taman Malim Jaya di sini malam tadi.

Muhammad Firdaus berkata, daripada 337 jumlah kesalahan dikesan, kategori kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Insuran serta kesalahan melibatkan lesen memandu antara kesalahan paling tinggi dikesan sepanjang operasi dijalankan.

Menurutnya, bagi kesalahan melibatkan LKM dan Insurans pihaknya mengesan sebanyak 114 kesalahan dan bagi lesen memandu pula membabitkan sebanyak 113 kesalahan.

“Ops Depoh ini bertujuan memastikan semua kenderaan awam sentiasa dalam keadaan selamat serta mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau berkata, pemeriksaan dilakukan adalah bagi memastikan bas-bas tidak mempunyai saman tertunggak selain pemeriksaan tertumpu kepada aspek teknikal kenderaan seperti brek, tayar, lampu, pembalik cahaya dan dokumen kenderaan serta lesen pemandu.

Sehubungan itu katanya, hasil pemeriksaan ke atas 28 bas ekspres di enam depoh bas ekspres di bandar ini mendapati tiada sebarang kesalahan dikesan. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button