Parlimen

Pandu lawan arus sebabkan 29 kematian, 17 parah tahun ini

Sebanyak 807 kemalangan melibatkan kenderaan yang dipandu melawan arus lalu sejak Januari tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Tambah beliau insiden tersebut menyebabkan 29 kematian, 17 mengalami kecederaan serius dan 49 terselamat dengan hanya cedera ringan.

Menurut Ka Siong, kejadian memandu melawan arus semakin membimbangkan kerana banyak melibatkan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh pengambilan dadah.

“Kebelakangan ini kebanyakan insiden ini melibatkan pemandu mabuk atau yang tinggi dadah dan ini membimbangkan,” katanya kepada Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau menjawab pertanyaan dari Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin mengetahui jumlah kemalangan yang melibatkan mereka yang memandu melawan arus.-SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button