Hiburanpilihan

Faztival Fazura dapat dua pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Selebriti dan usahawan tempatan, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berdiri dalam kelasnya yang tersendiri apabila konsert Faztival Fazura mencipta rekod yang tersendiri.

Faztival Fazura bukan sahaja mengembalikan memori rakyat Malaysia dengan lagu-lagu nostalgia daripada Datuk M. Nasir, Amir Masdi, Ippo Hafiz, Datuk Awie, Mulan Jameela dan Ahmad Band.

Malah pengunjung konsert Faztival Fazura berjaya merealisasikan impian Fazura untuk melihat the biggest gathering bersama semua penggemar tudung Fazura.

Dalam masa sama, Faztitival Fazura juga turut mempamerkan tudung bawal terbesar yang pernah dihasilkan dalam Malaysia.

Sehubungan itu, wakil Malaysia Book Of Records (MBOR) hadir ke Faztival Fazura bagi menyampaikan kedua-dua pengiktirafan tersebut.

(Visited 490 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button