Nasional

Shafie, Najib, Zahid akhirnya dalam satu saf

PRESIDEN Warisan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd. Najib Razak berada dalam satu saf untuk bersembahyang bersama-sama malam tadi.

Bekas Naib Presiden UMNO itu hadir pada majlis tahlil Allahyarhamah bonda Najib, Tun Rahah Mohamed Noah yang diadakan di Yayasan Noah, Taman Duta.

Menurut bekas Ketua Menteri Sabah itu, dia tidak berkesempatan untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah Rahah ketika meninggal dunia Jumaat lepas kerana menghadiri Dewan Undangan Negeri Sabah.

Shafie berkata, kehadiran beliau pada majlis tahlil itu tidak mempunyai sebarang agenda politik.

Menurutnya, beliau telah lama mengenali Allayaharmah Rahah dan amat menghormati isteri kepada Perdana Menteri kedua Allahyarhan Tun Abdul Razak itu.

“Tiada agenda politik, saya hadir bagi menghormati seorang tokoh yang saya kenal lama. Ketika Allahyarhamah meninggal, saya berada di Sabah kerana sidang DUN baru bermula.

“Alhamdulillah semalam saya dapat hadir pada hari terakhir majlis tahlil yang diadakan di Yayasan Noah, Taman Duta.

“Saya dan seluruh keluarga mendoakan agar roh Allahyarhamah dipelihara dan di tempatkan bersama para solehah,” kata Shafie.

Selain bersolat dalam satu saf ketiga-tiga mereka turut menjamu selera bersama-sama.

Shafie merupakan Naib Presiden UMNO ketika meninggalkan parti itu pada Julai 2016. Ketika itu Najib adalah Presiden UMNO dan Ahmad Zahid merupakan Timbalan Presiden UMNO.

Shafie menjadi seteru politik kepada Najib dan Ahmad Zahid serta parti UMNO selepas beliau mengubah haluan menubuhkan parti baharu Warisan kerana tidak lagi bersefahaman dengan kepimpinan Najib dalam parti UMNO.

Allahyarhaman Rahah, 87 meninggal dunia sekitar jam 4.45 petang, pada 18 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.-SM

(Visited 4,127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button