Nasional

Tampar pengawal keselamatan, lelaki direman tiga hari

BERANG selepas tayar keretanya dikunci kerana berada di kawasan yang tidak dibenarkan, seorang lelaki menampar seorang pengawal kesemalatan hingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang semalam kawasan perumahan di Batu 9, Cheras, ketika mangsa sedang mengunci tayar kereta suspek.

Suspek yang dipercayai pemilik kenderaan tersebut telah memaki hamun mangsa dengan kata-kata kesat sebelum menampar mukanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, selepas menampar, suspek membuat ugutan mahu mencederakan mangsa serta majikannya.

BACA> Guru besar maut kereta terbabas dalam sungai

“Punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu mengunci tayar kereta miliknya.

“Akibat kejadian, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, suspek yang berusia 40-an telah ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi dan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

BACA> Bakat tahfiz hingga 23 terbunuh, remaja dipenjara selama diperkenan Agong

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730. -SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button