Kemalangan

Guru Besar maut kereta terbabas dalam sungai

Allahyarham Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar

GURU besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang, Mohamad Nor Ismail maut setelah kereta dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop, Jitra, Kedah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Mohd. Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.00 pagi semasa Mohamad Nor, 57, guru besar di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Beliau berkata, semasa kejadian, kereta yang dipandu allahyarham dari arah Bandar Darulaman menghala Malau, dikatakan hilang kawalan sebelum terlanggar penghadang jalan lalu terbabas ke dalam sungai.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd. Ismail berkata, guru besar itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya berjaya dikeluarkan dari sungai dengan bantuan pihak bomba.

Mohd. Ismail berkata, mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button