fbpx
Bola SepakSukan

Thiago ikat perjanjian empat tahun di Liverpool?

PEMAIN tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara dikatakan telahpun menyatakan persetujuan untuk mengikat perjanjian selama empat tahun bersama Liverpool dengan perpindahan ke Anfield semakin hampir.

Jurgen Klopp sememangnya berhasrat untuk mengukuhkan bahagian tengah skuad bimbingannya dan bintang antarabangsa Sepanyol tersebut telahpun berada dalam radar pengurus itu sejak beberapa bulan lalu.

Menurut RMC Sport, terma peribadi telahpun dipersetujui bersama Reds dan Thiago, 29, bersedia menandatangani perjanjian bagi mengikat pemain itu di Anfield sehingga 2024.

Difahamkan pemain itu telahpun memaklumkan kepada rakan sepasukannya dia akan berpindah ke Liverpool dan telahpun menemui kediaman yang sesuai di Merseyside menjelang perpindahannya.

Thiago, yang pernah bermain bersama Barcelona menyertai Bayern pada musim panas 2013. Pemain itu mencipta namanya selaku pemain tengah terbaik di Jerman sepanjang tujuh tahun dia bermain di Allianz Arena dengan meledakkan 31 gol bagi 233 penampilan dalam semua pertandingan bersama juara Bundesliga tersebut.


Bos Bayern, Hansi Flick mengakui dia memahami mengapa Thiago mahukan perubahan dalam kariernya.

“Sebagai seorang insan dan juga atlet, saya boleh memahami dia. Thiago pernah bermain untuk Barcelona, dan tujuh tahun dia dengan Bayern.

“Sekarang dia mahukan cabaran baru, yang mana pada pandangan saya Liga Perdana Inggeris merupakan destinasi pilihannya,” kata Flick kepada Sport Bild. – talksport.com – SM

Show More

Related Articles

Back to top button