Nasional

Enam PATI melarikan diri maut kemalangan

Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya PLUS, awal pagi hari ini.

Kesemua PATI berkenaan dipercayai melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, Kedah.

Enam yang maut itu terdiri daripada dua orang kanak-kanak dan empat orang dewasa.

Menurut laporan kejadian itu berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika hampir 700 PATI terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia dan etnik Rohingya keluar beramai-ramai dari depot berkenaan.

Ketika melarikan diri dalam keadaan gelap, kebanyakan mereka hanya berjalan tanpa tujuan dengan ada antaranya menghala ke lebuh raya tanpa menyedari kenderaan yang bergerak laju.

Difahamkan, setakat ini separuh daripada PATI sudah dapat ditahan dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan di lokasi. – BH – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button