Kemalangan

Pekerja kilang maut motosikal terbabas langgar tembok

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 6 Mei – Seorang pekerja kilang maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Taman
Jati, Simpang Empat, Alor Gajah dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian pukul 11.10 malam itu,
mangsa dikenali sebagai Muhamad Ruzaini Rahmat, 24, beralamat di Taman Simpang Empat disahkan meninggal
dunia sewaktu mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Menurutnya, mangsa yang menunggang seorang diri datang dari Brisu, Lubuk Cina ke pekan Simpang Empat telahhilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok batu longkang bahu kiri jalan.

“Insiden itu menyebabkan mangsa jatuh di dalam longkang dan motosikalnya pula tercampak di lorong kiri dan
mangsa mengalami pendarahan dalam perut.


“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan lanjut namun disahkan meninggal
dunia sewaktu mendapat rawatan kira-kira pukul 9.45 pagi tadi,” ujarnya.

Arshad berkata, hasil siasatan terdapat kesan pecahan di tembok batu longkang di kiri bahu jalan.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi yang menyaksikan kejadian tersebut untuk memberi keterangan bagi
membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

(Visited 22 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button