Kemalangan

Lori rempuh penunggang motosikal sedang berteduh

SUNGAI PETANI: Dua penunggang motosikal maut manakala beberapa lagi cedera apabila sebuah lori merempuh mereka ketika mereka mencari perlindungan daripada hujan di Km92.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bedong hari ini.

Difahamkan terdapat sembilan motosikal di bawah jambatan atas ketika kejadian 3.30 petang itu berlaku.

Bagaimanapun, jumlah mangsa yang cedera tidak dapat dipastikan dengan segera.

Turut difahamkan lori berkenaan mengalami masalah mekanikal menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum merempuh penunggang motosikal.

Sekurang-kurangnya dua daripada mangsa tercampak ke dalam longkang monsun berhampiran manakala seorang lagi mangsa dilihat terbaring tidak sedarkan diri di lokasi nahas.

Video tiga mangsa merayu bantuan beberapa minit selepas kejadian itu tular di media sosial.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim.

 

(Visited 653 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button