Kemalanganpilihan

Pesawat Piper 28-161 Terhempas Ipoh, Ragut Nyawa Jurulatih Berusia 52 Tahun!

Nahas pesawat ringan jenis Piper 28-161 yang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji di Ipoh, Perak dan terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng mengejut ramai pihak.

Akibat nahas berkenaan, seorang jurulatih, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, yang merupakan bekas juruterbang dan bertugas sebagai jurulatih penerbangan maut di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi, Kapten Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, mengalami kecederaan parah dan sedang menerima bantuan perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Ipoh menerima panggilan mayday daripada pesawat itu pada 8.07 malam.

Disebabkan insiden ini berlaku, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button