Kemalangan

Warga Bangladesh maut motosikal langgar tepi lori

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 29 Mac – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan
sebuah lori di Jalan Menggong Bukit Bulat, Alor Gajah dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Zafar,
32, warganegara Bangladesh meninggal dunia sewaktu mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 10.00 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX-5 dipercayai
melanggar tepi kanan lori berkenaan.

“Lori tersebut yang datang dari Hutan Perca hendak ke Nyalas, Jasin sejurus tiba di tempat kejadian ketika
sedang membelok motosikal itu telah melanggar bahagian tepi lori dari arah bertentangan,” ujarnya dalam
satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata, akibat pelanggaran itu mangsa tercampak di atas jalan raya dan mengalami kecederaan serius
di kepala lalu dibawa menaiki ambulan untuk mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Jelasnya lagi, mangsa yang mendapat rawatan di Hospital Melaka disahkan meninggal dunia kira–kira pukul
1.30 tengahari hari ini.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai Kamis Adanan berasal dari Tangkak, Johor tidak
mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button