Nasional

Pakar syariah, Daud Mohamad tokoh Maulidur Rasul kebangsaan

DATUK Daud Muhammad dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menyampaikan anugerah kepada pakar syariah itu pada Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Daud menetima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan

Empat lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan menerima RM20,000, trofi dan sijil penyertaan.

Mereka termasuk tokoh akademik yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Asma Ismail; aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye; pengasas Hospital Mesra Ibadah, Datuk Dr Khalid Ibrahim, dan aktivis kemanusiaan, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Daud, 84, ladie yang lahir Kota Baru, Kelantan, menerima pendidikan awal di Sekolah Indera Putera, Bachok, Kelantan, dan Madrasah Al-Falah, Mekah serta Al-Maahad Al-Ilmi, Al-Saudi, Mekah. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button
Close
Close