Nasional

Tiada kompromi manipulasi harga makanan – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan penguatkuasaan tegas tanpa kompromi terhadap pihak yang memanipulasi harga bahan makanan.

Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pula akan membantu dengan melambakkan bekalan dalam pasaran supaya harganya dapat diturunkan.

“Saya minta KPDNHEP melakukan penguatkuasaan dengan tegas, saya tidak mahu ada kompromi kepada mereka yang ambil kesempatan memanipulasi dengan menaikkan harga sesuka hati.

“MAFI boleh bantu dengan melambakkan produk di pasaran, seperti kita tahu prinsip ekonomi penawaran berlebihan tentu saja membolehkan harga diturunkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di MyFarm Outlet Kasih Putrajaya hari ini.

(Visited 32 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button