NasionalTeknologi

Fokus bangunkan, adaptasi teknologi Kampus Pintar

PEMBANGUNAN Kampus Pintar dalam mengikuti anjakan teknologi dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) secara tidak langsung akan memenuhi keperluan inovasi industri.

Terutamanya apabila pelajar dan tenaga pengajarnya mengadaptasi perubahan dalam anjakan teknologi tersebut dan mengenalpasti inovasi yang boleh diterokai.

Bagaimanapun, ia perlu bermula dengan perubahan dalam pemahaman antara pengurusan institusi dan pembelajaran dalam kelas.

Ini kerana, perubahan amat ketara apabila teori dalam kelas kini tidak lagi sama dengan praktikal di peringkat industri yang sudahpun mengadaptasi teknologi IR4.0.

Malah, matlamat di peringkat indusri juga menyasarkan pembangunan prosumer bagi meningkatkan daya saing dalam teknologi secara global.

“Apa yang kita perlu sediakan untuk memastikan pelajar dapat mempelajari IR4.0, pertama perlu melihat semula pemahaman dalam pengurusan yang kini berbeza, apa yang ada dalam kelas mungkin tidak sama dengan apa yang kita buat dalam industri.

“Sebab itu kita ada program di universiti, polikteknik untuk pelajar menjalani latihan praktikal. Mempelajari sistem penjanaan elektrik panel solar, pemasangannya termasuk hidroteknologi.”

Demikian kata Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana, Datuk Muhamad Guntor Mansor Tobeng dalam dialog kumpulan ‘Industri 4.0 dan Kelestarian: Kesan dan Cabaran’.

Beliau berkata demikian sebagai antara panel pembentang dalam forum anjuran Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak secara dalam talian.

Menurut beliau, antara inovasi teknologi yang diadaptasi dalam syarikat penjanaan tenaganya adalah pembersihan panel solar dekat ladang solarnya di Bidor, Perak.

Kata Muhamad Guntor, sebelum ini beliau menggunakan tenaga lima pekerjanya untuk membersihkan panel solar dan dalam masa sehari sebanyak 500 keping panel dapat dibersihkan.

Bagaimanapun, selepas mengadaptasi teknologi robotik dalam IR4.0, sebanyak 3,000 panel solar dapat dibersihkan dalam masa sehari dengan kendalian dua orang pekerja.

Namun, beliau mengutarakan satu persoalan baharu dalam inovasi pemotongan rumput diladang solarnya dan berkeyakinan akan menerima hasil yang sama jika adaptasi seperti pembersihan panel solar digunakan.

Walau bagaimanapun, teknologi itu sukar diperolehi. Oleh demikian beliau melontarkan satu cabaran kepada mahasiswa PSAS untuk menginovasikan mesin pembersihan panel solar kepada pemotongan rumput.

“Jadi, beginilah bagaimana teknologi sedang dibina sekarang dan kita tidak perlu mengimport.

“Jadi kita import robot pembersih panel solar dan kita mahu bina robot sama di Malaysia.

“Jadi, lontarkan cabaran ini dan saya pasti pensyarah akan mengenalpasti potensi inovasi dan kita boleh luangkan masa. Semua orang mahu lihat hasilnya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Guntor turut mencadangkan PSAS membangunkan Kampus Pintar menerusi pelaburan dalam penjanaan tenaga solar di kampusnya.

Menurutnya, pembangunan penjanaan tenaga yang bersih merupakan sebahagian besar daripada elemen terdapat dalam konsep Kampus Pintar.

“Bagaimana Kampus Pintar mengadaptasi teknologi pintar ia mempunyai elemen seperti customize tablets, sensor, telefon pintar, papan sesentuh, projektor interaktif, wi-fi, PanaBoards dan CCTV.

“Justeru, saya mencadangkan PSAS melabur dalam pemasangan panel solar sama ada di atas bumbung ataupun permukaan tasik menggunakan teknologi pengapungan atas air.

“Ini merupakan sebahagian daripada elemen Kampus Pintar iaitu menjana tenaga sendiri.

“Ini kerana, penggunaan tenaga solar dapat mengurangkan pelepasan karbon.

“Sebagai contoh, di ladang solar di Bidor, tenaga yang dihasilkan dalam tempoh 20 bulan bersamaan dengan menanam enam juta batang pokok.

“Sekiranya teknologi Kampus Pintar dan penggunaan panel solar sebagai penjana elektrik dalam PSAS, ia sudahpun mengamalkan sebahagian besar daripada 17 sasaran dalam pembangunan lestari.

“Antaranya adalah, pendidikan berkualiti, kesaksamaan gender, tenaga murah dan bersih, peningkatan produktiviti dan ekonomi, inovasi industri dan infrastruktur, kelestarian bandar dan komuniti serta keamanan, keadilan dan kekukuhan institusi,” jelasnya. – SM

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button