Nasional

Minyak sawit: Tun M bimbang mengenai larangan India

Oleh BERNAMA 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bimbang terhadap tindakan India untuk tidak membeli minyak sawit Malaysia namun menekankan bahawa ‘jika ada yang tidak kena, anda perlu menyatakannya’.

Beliau mengulas pertanyaan mengenai sama ada kerajaan bimbang terhadap tindakan India menghentikan belian mintak sawit Malaysia susulan kritikan beliau mengenai tindakan India di Kashmir selain undang-undang baharu kewarganegaraan.

Ditanya sama ada kritikan Perdana Menteri terhadap India akan mengorbankan industri memandangkan India merupakan pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, Dr Mahathir berkata, penyelesaian perlu dicari.

“Itu kita perlu lakukan, cari penyelesaian.

“Namun hakikatnya ialah apa yang berlaku di India itulah yang menimbulkan lebih banyak masalah dan rasa tidak gembira dalam kalangan penduduk di sana,” katanya dan menambah ‘seluruh dunia merasakan tindakan diskriminasi terhadap sesiapa di sana adalah tindakan yang salah.

Laporan berita baru-baru ini menyebut bahawa kerajaan India meminta pengimport minyak sawit negara itu menghentikan pembelian minyak sawit dari Malaysia namun semalam, Menteri Industri Utama Teresa Kok mengatakan berita itu tidak benar.

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button