fbpx
Luar Negara

Emir Kuwait meninggal dunia

Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, menurut Amiri Diwan.

Pada 23 Julai, Emir berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan lanjut berikutan pembedahannya baru-baru ini, lapor Agensi Berita Kuwait (Kuna).

Dia dimasukkan ke hospital pada 18 Julai untuk pemeriksaan dan menjalani pembedahan sehari kemudian, memetik Menteri Amiri Diwan Sheikh Ali Jarrah Al-Sabah.

Buat masa ini, Putera Mahkota Kuwait Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah memangku sebahagian tugas Emir.-Bernama

(Visited 1 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button