Nasional

Polis tidak tendang

HASIL percakapan antara polis dengan seorang daripada dua lelaki terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, George Town hingga mencetuskan kekecohan selepas ada tuduhan motosikal dinaiki mereka ditendang anggota polis mendedahkan perkara itu tidak berkaku

Dalam keterangan itu, lelaki terbabit mengaku mereka tidak ditendang anggota polis seperti yang tular di media sosial.

Penunggang motosikal terbabit berusia 21 tahun adalah pekerja hotel, manakala pembonceng yang parah pula berusia 19 tahun dan tidak bekerja.

“Kita baru sahaja ambil keterangan seorang daripada mereka dan dia mengaku tidak berlaku insiden mereka ditendang anggota polis.

“Lelaki yang parah masih dirawat di hospital,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong hari ini seperti yang dipetik dari BH Online.

Kata Soffian, kemungkinan akan ada tangkapan susulan berhubung kejadian itu yang tular di media sosial.

“Kita sedang membuat analisisis menerusi gambar dan video yang tular itu dan mungkin ada tangkapan susulan,” katanya.

Dalam kejadian 5.20 petang kelmarin, dua lelaki terbabit dikatakan parah akibat terjatuh daripada motosikal yang didakwa ditendang dua anggota polis.

Gambar dan video kejadian itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button