Nasional

PM buat sidang media khas 3.00 petang

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan membuat sidang media khas secara langsung di media elektronik pada pukul 3.00 petang ini.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Azmi Tarmizi mengesahkan perkara itu kepada media melalui kumpulan WhatsApp sebentar tadi.

Sehingga semalam sejumlah 89.7 peratus atau 21.003 juta penduduk dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin. Hanya tinggal 0.3 peratus sasaran 90 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin bagi membolehkan sempadan antara negeri dibuka-SM

 

(Visited 59 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button