Nasional

Lelaki yang menyerang pemandu wanita direman tiga hari

LELAKI yang dilihat menyerang pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah dalam video yang tular di media sosial telah direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata perintah reman telah dikeluarkan terhadap suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang bermula hari ini hingga 9 Jun (Jumaat).

“Permintaan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Tapah mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan selama tiga hari sehingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, lelaki itu ditahan polis di sekitar Serdang, Selangor dan dibawa ke Balai Polis Tapah bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berdurasi 59 saat menjadi viral menunjukkan seorang lelaki keluar dari kereta yang dipandunya dan mengetuk tingkap kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita itu dan memukul kepalanya.

Kejadian difahamkan berlaku akibat perselisihan faham di jalan raya sekitar Pusat Peranginan Lata Iskandar, dan apabila kedua-dua kereta itu berhenti, penyelia kilang itu keluar dari kenderaannya dan mengetuk cermin depan kereta pengadu. -SM

Baca juga : PM ucap tahniah kepada kontinjen Sukan Para Asean Malaysia

 

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button