JenayahNasional

25 PATI cuba keluar ikut lorong tikus

RAKYAT Malaysia perlu bekerjasama dengan kerajaan menjaga sempadan negara dalam membanteras kegiatan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sejak insiden tembak menembak di sempadan Malaysia-Thailand, menggambarkan sempadan negara mudah dibolosi PATI dan kegiatan penyeludupan.

Situasi ini mengancam keselamatan negara terutama ketika seluruh rakyat sedang berhadapan krisis pandemik dan tekanan ekonomi.

Malah, awal pagi tadi, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) berjaya mematahkan cubaan 25 PATI melarikan diri ke negara asal mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 12 tengah malam apabila pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesan kehadiran bot mencurigakan di Teluk Ramunia, Johor.

“Serbuan yang dilakukan sekitar jam 02.00 pagi oleh kumpulan Quick Reaction Force (QRF) telah berjaya menahan 25 PATI warga Indonesia yang dipercayai sedang menunggu untuk keluar dari negara ini menggunakan laluan yang tidak sah.

“Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 24 lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 21 hingga 43 tahun.”

Demikian kenyataan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia hari ini berhubung penahanan PATI awal pagi tadi.

Kata kenyataan itu, penahanan PATI itu turut melibatkan rampasan berjumlah RM78,846.94 apabila melibatkan wang tunai bernilai RM25,889.25 dan matawang Indonesia, 22,291,616.30 Rupiah (RM6,464.57).

Selain itu, pihak tentera turut merampas beberapa matawang asing, barang kemas bernilai RM4,265, 15 utas jam tangan pelbagai jenama bernilai RM1,979 dan 25 buah telefon bimbit (RM39,194).

Susulan penangkapan itu, semua PATI yang ditahan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) untuk tindakan lanjut.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

“Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

“Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” katanya. – SM

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button