fbpx
Nasional

Lelaki Mesir miliki makmal dadah ditahan

SEORANG lelaki warga Mesir ditahan selepas polis menyerbu sebuah bilik di hotel yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah di Dataran Sunway, Kota Damansara, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 7.15 malam.

“Selain tangkapan, kita turut merampas dadah jenis Syabu seberat 150 gram (RM6,750), peralatan memproses dadah, bahan kimia dan wang tunai berjumlah RM710.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek bergiat aktif dalam mengedarkan dadah di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu dan mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Adnan, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.


Tambahnya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam, mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button