Nasional

Kerana ‘karpet kereta’, pemandu hilang kawalan rempuh tiga gerai makanan

‘Karpet kereta’ yang terselit di pedal brek dipercayai menjadi punca kemalangan melibatkan dua buah kereta dan tiga gerai makan di Jalan Taman Mesra, Kajang semalam.

Difahamkan, kereta itu telah melanggar sebuah kereta lain dan tiga gerai makanan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, seorang peniaga berusia 25 tahun cedera ringan akibat terkena minyak panas susulan kemalangan tersebut.

Gambar media sosial

“Siasatan awal mendapati kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 58 tahun keluar dari kawasan parkir sebelum hilang kawalan kerana masalah brek.

“Pemandu kereta itu yang panik kemudiannya langgar sisi kiri depan sebuah Honda City dipandu seorang wanita berusia 39 tahun serta tiga gerai di kawasan berkenaan.


“Wanita itu turut mengesahkan pelapik getah pada kereta Proton Saga terbabit terlipat selepas membuat pemeriksaan di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Azman, kedua-dua pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button