Nasional

UPSI anjur virtual run, pupuk gaya hidup sihat dan semangat patriotik

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) baru-baru ini telah menganjurkan program larian ‘virtual run’ sempena sambutan Hari Malaysia 2021.

Penyertaan larian telah dibuka kepada mahasiswa dan penduduk komuniti setempat kawasan Kota Malim Prima 1 dan 2, Proton City & Taman Sekiah Makmur, Tanjung Malim, Perak.

Menurut Pengerusi Majlis Pengetua UPSI, Prof Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan berkata, sebanyak 78 buah penyertaan diterima daripada seluruh lapisan masyarakat dan dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu kanak – kanak, remaja dan dewasa.

“Program larian yang melibatkan komuniti setempat ini dilaksanakan bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat sambil memupuk semangat patriotik bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian penutup pada 26 November 2021 menerusi siaran secara langsung di laman Facebook UKLK.

Pertandingan larian yang dilaksanakan secara virtual telah dilangsungkan bermula 9 September 2021 sehingga 24 September 2021.

Setiap peserta boleh melaksanakan larian di lokasi masing-masing manakala laporan aktiviti perlu dihantar sebagai bukti penyertaan. Penilaian juri dilaksanakan berdasarkan tempoh larian dan juga tema pakaian yang digunakan oeleh peserta.

Pengetua UKLK UPSI, Prof Madya Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob

Pengetua UKLK, Prof Madya. Ts. Dr Che Ghani Che Kob pula berkata, program tersebut merupakan titik mula untuk kepada kerjasama berterusan antara UKLK dan masyarakat setempat dalam mewujudkan pembentukan jatidiri mahasiswa dengan sikap toleransi, saling hormat-menghormati dan bekerjsama bersama komuniti setempat.

“Melihatkan sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa dan penduduk setempat, tidak mustahil UKLK akan menganjurkan lebih banyak pertandingan larian seumpamanya.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh terlibat iaitu pihak KRT Kota Malim Prima 1 dan 2, KRT Proton City, KRT Taman Sekiah Makmur serta Persatuan Penduduk Taman Sekiah Makmur juga felo dan mahasiswa UKLK sendiri,” katanya.

Pemenang tempat pertama kategori Dewasa, Lokman Hakim Muhamad

Menerusi program tersebut, Encik Lokman Hakim Muhamad diumumkan sebagai juara kategori dewasa manakala naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Encik Sujiksol Sungsi dan Encik Mohamad Firdaus Bin Abd Ghani.

Bagi juara kategori remaja pula juara dimenangi oleh Ahmad Hakimi Irfan Ahmad Firdaus manakala naib juara dimenangi Aliya Farisha Sulmaizam Azhaimy.

Bagi kategori kanak – kanak pula, tempat pertama dimenangi adik Nur Kamalia Nafisah Norazizi manakala tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi adik Irdina Khaisara Abdul Rahman dan adik Muhammad Adeeb Afhan Muhammad Mukhidad.

Para pemenang membawa pulang wang tunai dan e-sijil. -SM

(Visited 558 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button